Perodua Bakal Lancar Myvi XT Dan Extreme 1.5 Dipertingkatkan!


Berdasarkan beberapa maklumat yang boleh dipercayai hasil carian yang dilakukan penulis di dalam internet, akhirnya penulis dapat mengesahkan bahawa Perodua akan melancarkan sebuah lagi varian baharu Perodua Myvi, dikenali dengan nama Perodua Myvi XT (Extra). Di samping itu, model Perodua Myvi Extreme 1.5 terbaharu versi peningkatan juga akan dilancarkan dengan penampilan yang lebih segar dan sporty.

Menurut maklumat, kedua-dua model Myvi XT dan Myvi Extreme 1.5 terbaharu itu akan menawarkan beberapa ciri-ciri baharu yang lebih bergaya dan menyeronokkan. Perodua juga dikatakan bakal memperkenalkan warna baharu ‘Lime Green’ untuk model Myvi 2014 terbaharu itu. Setakat ini masih belum ada pengumuman dari Perodua mengenai tarikh pelancaran rasmi varian baharu Myvi XT 2014 dan Myvi Extreme 1.5 ‘facelift’ 2014.

update 5/4/2014 :

*mengikut iklan-iklan jurujual, harga Myvi XT RM42 Ribu, Gambar-gambar ini adalah warna baru bagi Myvi XT dan terdapat rekaan grill depan baru. Dikatakan bakal dilancar pada 10hb April 2014.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ



Share this article :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
6 April 2014 9:58 PTG

bilo ni

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger