Pelancaran Proton P2-30A GSC (Global Small Car) Ditangguh ke Oktober 2014?


Sekali lagi khabar angin mengatakan bahawa Proton P2-30A GSC (Global Small Car) akan ditangguhkan pelancarannya. Di mana kita sekarang berada di penghujung April, pada awalnya ia bakal dilancar sekitar bulan ini, kemudian Jun dan sekarang khabar angin pelancaran model itu ditunda ke Oktober.

Proton P2-30A GSC (Global Small Car) sememangnya sebuah model kompak yang sangat dinanti-nantikan oleh ramai rakyat Malaysia, jadi penantian yang terlalu lama amat mengecewakan. Mungkin ada yang sudah berubah angin apabila dengar khabar angin seperti ini.

Begitu juga dengan penganjuran “Peraduan Nama Siapa Hebat” yang diumumkan pada bulan Jun tahun lepas bagi memberikan nama rasmi kepada Proton GSC, sehingga kini tiada sebarang khabar berita mengenai senarai pemenangnya. 

Pihak Proton juga tidak pula memaparkan model konsep terkini untuk model ini di mana-mana autoshow tempatan mahupun di peringkat antarabangsa. Mungkin juga sedikit 'teaser' di Youtube. Cara berdiam diri ini mungkin sedikit sebanyk meresahkan peminat jenama Proton.

Adakah Proton P2-30A GSC (Global Small Car) ini bakal berentap dengan model terbaru keluaran Perodua (Daihatsu Ayla) nanti di peringkat tempatan? Dikhabarkan model terbaru Perodua itu bakal menemui kita hujung tahun ini. Jika tekaan saya ini benar, maknanya pertembungan suatu ketika dahulu Myvi dan Savvy akan berlaku lagi sekali pada tahun ini.



Share this article :

+ comments + 6 comments

Tanpa Nama
24 April 2014 4:36 PTG

lambat sangat. orang dah beli kereta lain.

Tanpa Nama
24 April 2014 4:37 PTG

kalau boleh jgn buat basic design. kasi tocuhup sikit. proton selalu sgt buat simple. seperti preve, sebenarnya cantik tapi terlalu simple.

Tanpa Nama
24 April 2014 5:28 PTG

mungkin juga proton dah tak nak keluar model suam2 kuku mcm dulu. kali ni keluar terus yang betul2 haw liau.

Tanpa Nama
25 April 2014 1:45 PTG

model paling hot tahun ini ;-)

Tanpa Nama
25 April 2014 2:03 PTG

proton agak slow tahun ni. dah la x join mana2 auto show. x tau apa perkembangan terkini.

Tanpa Nama
26 April 2014 6:34 PTG

DRB penakut keuar modal

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger