Nissan Versa Sedan ‘facelift’ 2015


Nissan Versa Sedan 2015 telah diumumkan termasuk pendedahan beberapa keping gambar terbaru model tersebut. Seperti mana yang dapat dilihat, Nissan Versa Sedan 2015 telah mengalami proses ‘facelift’ yang agak ketara di bahagian depan dan belakangnya yang kini tampil dengan gaya baru yang lebih sporty.

Nissan Versa Sedan 2015 dibangunkan di atas platform “V” global Nissan yang ringan, dilengkapi enjin 1.6 liter HR16DE 4-silinder dengan kuasa 109hp @ 6,000rpm dan tork setinggi 107 lb-ft @ 4,400rpm. Enjin tersebut kemudiannya dipadankan tiga transmisi pilihan sama ada manual 5-kelajuan, automatik 4-kelajuan (model S sahaja), atau transmisi Xtronic generasi terbaru dengan ciri ‘D-mode step shift programming’.

Nissan Versa Sedan 2015 boleh didapati dalam pilihan empat varian iaitu Versa Sedan S (ditawarkan dalam versi 5MT dan 4AT), Versa Sedan S Plus (transmisi Xtronic sahaja), Versa Sedan SV (Xtronic sahaja) dan Versa Sedan SL (Xtronic sahaja). Model berkenaan akan dipamerkan secara rasmi di pameran automotif New York International Auto Show 2014 mulai 16 April 2014 ini.

Dengan perkembangan terkini kemunculan Nissan Versa Sedan 2015 untuk pasaran di luar negara, adakah ini bermakna Nissan Almera di pasaran tempatan akan turut mengalami peningkatan ubah wajah (facelift) terbaru dalam masa terdekat? Untuk makluman, Nissan Almera di pasaran Thailand ketika ini merupakan versi ‘facelift’ terbaru yang diperkenalkan sejak Januari 2014 yang lepas.

*Di Malaysia Versa dikenali Almera



sumber Automotif
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger