Mitsubishi Lancer 2.0 GTE - RM118,888


Mitsubishi sudah mula mempamerkan jentera penuh sporty ini di pusat membeli-belah bagi tujuan promosi. Lancer 2.0 GTE mula dipamerkan di pusat membeli-belah Paradigm Mall, Kelana Jaya. Ia boleh dianggap sebagai model pengganti bagi Lancer GT. Tetapi memiliki pertambahan abjad “E” menjadi GTE.

Harga yang ditawarkan pula lebih rendah berbanding dengan Lancer GT, malah menerima lebih banyak elemen penambahbaikan. Model Lancer GTE ini ditawarkan pada harga atas jalan RM118,888 (berserta insurans), berbanding RM129,025 bagi Lancer GT versi 2012.

Lancer GTE turut menerima beberapa elemen baharu seperti sistem operasi tanpa kunci (dengan tombol pemutar penghidup enjin), bumbung matahari, ISOFIX dan beg udara bahagian lutut untuk tempat duduk pemandu. Lain-lain elemen seperti mana sama dengan Lancer GT ialah dua beg udara, rim aloi bersaiz 18 inci, kid badan, lampu pencahayaan siang (DRL) LED, spoiler belakang dan lampu utama automatik halogen.

Rekaan dalamannya turut ditampilkan dengan skrin sesentuh 6.1 inci yang turut berfungsi sebagai paparan bagi kamera undur, pedal pemboleh ubah magnesium, cruise control, sistem penghawa dingin zon tunggal dan tempat duduk balutan kulit Nappa.

Untuk sudut mekanikal pula, ia tidak memiliki sebarang pembaharuan seperti mana Lancer GT. Di mana Lancer GTE dijanakan oleh enjin 2.0 liter DOHC MIVEC yang mampu menyalurkan kuasa maksimum 150 PS pada 6,000 rpm dan tork puncak 197 Nm pada 4,2000 rpm. Juga dipadankan dengan transmisi INVECS-III CVT enam kelajuan. Lancer GTE didatangkan dengan tiga warna pilihan iaitu White Solid, Black Mica dan Red Metallic.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ




sumber infokereta
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger