Lotus Buka Pusat 4S Pertama Di China


Lotus , anak syarikat milik penuh Proton Holdings Berhad ( Proton) , membuka Pusat 4S pertama di Beijing , China dalam acara dirasmikan oleh penasihat Proton Tun Dr Mahathir Mohamad.

Turut hadir ialah Tan Sri Datuk Seri Haji Mohd Khamil Jamil, pengerusi eksekutif Proton dan pengerusi Kumpulan Lotus , serta Aslam Farikullah , ketua pegawai Kumpulan Lotus.

Menurut Aslam , China menempatkan dirinya di barisan hadapan dalam pembangunan ekonomi global dan oleh sebab itu, wujudnya satu trend yang meningkat , di mana syarikat kereta antarabangsa makin mengambil kepentingan di China dengan pembukaan kilang dan pusat edaran. “Pertumbuhan China bukan sahaja telah membuka mata masyarakat perniagaan antarabangsa, tetapi ia juga telah memberi inspirasi kepada kami untuk membuka Pusat 4S Lotus baru ini. ”

Pusat 4S ini, 1,000 meter persegi empat tingkat terletak di Golden Port Motor Park di Beijing.

Pusat ini ditubuhkan untuk menawarkan khidmat Lotus yang lengkap dengan bilik pameran dan pusat perkhidmatan yang komprehensif , di mana pemilik akan dapat perkhidmatan, dan mendapatkan alat-alat ganti untuk kereta Lotus mereka.

“One stop centre” ini juga menempatkan pejabat pentadbiran, sudut barangan runcit, lounge pelanggan dan pusat latihan.

Bangunan ini juga dilengkapi dengan pengalaman perkhidmatan pelanggan yang lengkap kerana ia menempatkan sebuah rumah kelab untuk pemilik Lotus (yang ada keahlian), dan kemudahan-kemudahan lain.

Lotus kini mempunyai lapan pengedar di China, termasuk di lokasi-lokasi utama seperti Beijing , Shanghai, Chengdu dan Dalian. Model Lotus yang kini disediakan kepada pasaran China adalah Evora S IPS, Exige S240 dan S260, serta Elise CR.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger