Kerajaan Akan Wajib Bas Ekspres Baharu Pasang Tali Pinggang Keledar


Kerajaan akan mewajibkan setiap bas ekspres baharu mempunyai tali pinggang keledar di setiap tempat duduk penumpang. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, berkata langkah itu yang tidak berkuat kuasa serta merta bertujuan memastikan keselamatan penumpang lebih terjamin. 

Katanya, ketika ini hanya tempat duduk barisan depan mempunyai tali pinggang keledar. "Langkah itu tidak membabitkan bas ekspres sedia ada kerana akan membabitkan membabitkan penambahan kos terhadap syarikat bas," katanya. 

Bagaimanapun, katanya kementerian sedang mengkaji untuk mewajibkan setiap bas ekspres memasang tali pinggang keledar di setiap tempat duduk penumpang dalam tempoh lima tahun ini. 

sumber Bharian
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger