Honda telah pun mendedahkan Honda City dengan pakej Mugen di Filipina. Ianya dijadualkan akan berada di pasaran Filipina pada suku ketiga tahun 2014, dengan pelbagai perubahan yang ditawarkan ke atas kosmetik serta penambahbaikkan untuk enjin, suspensi, brek serta bahagian dalaman.
Satu model telah dipertontonkan dengan kit badan keliling yang meningkatkan elemen agresif serta sporty disamping kemasan gelap untuk gril hadapan. Buat masa sekarang, tiada apa-apa berita mengenai perubahan mekanikal ke atas model Honda City ini.
Catat Ulasan