Honda City 2014 Pecah Rekod, 10,000 Unit Tempahan Dalam Tempoh Sebulan!


Honda City 2014 serba baharu telah berjaya mencatatkan rekod yang sangat cemerlang apabila telah menerima tempahan sebanyak 10,000 unit dalam tempoh hanya sebulan sejak ianya dilancarkan pada 20 Mac 2014.

Jumlah tempahan luar biasa itu telah mengatasi satu lagi rekod yang pernah dicatatkan oleh Honda CR-V serba baharu apabila ianya dilancarkan pada tahun lepas, dengan menerima sejumlah 3,000 unit tempahan dalam tempoh hanya sebulan.

Walaupun permintaan tinggi tersebut melebihi jangkaan, Honda Malaysia memberi jaminan bahawa mereka mampu memenuhi penghantaran untuk kesemua 10,000 unit tempahan bagi Honda City 2014 serba baharu menjelang hujung Jun nanti.

Ini disebabkan pembukaan barisan pemasangan kedua kilang Honda di Pegoh, Melaka, yang mana ianya mampu meningkatkan kapasiti pengeluaran sehingga dua kali ganda, seterusnya berupaya memendekkan masa menunggu pelanggan.

Honda City 2014 serba baharu merupakan generasi yang keempat diperkenalkan di Malaysia. Model yang dibangunkan baru sepenuhnya itu dilengkapi dengan pelbagai spesifikasi canggih dan ciri-ciri keselamatan yang menjadi peneraju di dalam kelasnya.

Antaranya ialah enam beg udara, VSA dan ISO Fix, manakala ruang kargonya adalah yang terbesar di dalam segmennya dengan keluasan 536 liter.

Sebagai tambahan, pemandu boleh menikmati pelbagai ciri-ciri yang memudahkan dan praktikal seperti ‘Smart Entry’, ‘Push Start Button’, ‘Cruise Control’, ‘Touch Panel Auto Air-conditioning’, ‘Rear Air-conditioning’, dan sistem hiburan yang ditambahbaik dengan kehadiran paparan audio 7 inci disertai sistem audio dengan lapan pembesar suara.

Dengan tahap penggunaan bahan apinya yang cekap dan praktikaliti, City serba baharu didakwa sebagai salah sebuah sedan yang paling diidamkan di Malaysia masa kini.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ



Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger