Ford Focus Sedan 2015 Bakal Tampil Di New York Auto Show 2014


Focus sedan 2015 bakal dipamerkan di New York Auto Show 2014. Ford telah menampilkan jeriji hadapan yang diinspirasikan daripada model Aston Martin dengan lampu utama direka semula. Lampu belakang juga direka semula dengan padanan kerangka bonet dan bumper belakang.

Terdapat elemen-elemen terkini pada bahagian dalaman diantaranya kamera undur, skrin paparan sesentuh bersaiz 4.2 atau 8 inci yang dilengkapi dengan MyFord Touch. Bukan itu sahaja, sistem bantuan pemanduan, sistem Sync, tempat duduk yang diperbaharui dan konsol tengah yang dipertingkatkan.

Ford turut menawarkan pakej SE Sport yang merangkumi sistem suspensi lebih teguh, kit badan, rim bersaiz 17 inci dan pedal penukar gear untuk model automatik. Ford Focus sedan akan dijanakan enjin 1.0 liter tiga silinder EcoBoost yang dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 
 
 
 
 
 
 
 

Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger