Ujian Litar Pertama Proton Suprima S R3


Menurut GearTinggi, Proton R3 telah melakukan ujian litar dan penampilan pertama Suprima S R3 untuk musim perlumbaan 2014. Kereta lumba paling baharu dari R3 itu menggunakan enjin Campro CPS yang diubahsuai secara ekstensif. 

Pada bahagian luaran, Suprima S menggunakan roda aloi ringan 15″ R3, kit badan yang terdiri dari lips depan dan skirt sisi sama seperti Proton Suprima S Super Touring yang dilancarkan bulan lepas dan Proton Preve Limited Edition (LE).

Cabaran Pasukan Proton R3 untuk musim 2014 bakal digalas oleh James Veerapen dan Tengku Djan sendiri yang khabarnya akan memberi lebih fokus pada perlumbaan litar dan rali berbanding perlumbaan drift pada tahun ini.

Jentera tersebut bakal bersaing dalam perlumbaan Malaysian Super Series (MSS) 2014 bermula 28 Mac depan, dengan dikuasakan enjin 1.6 liter CPS yang menghamburkan kuasa bertenaga setinggi 178hp @ 7,500rpm dan tork maksimum mencecah 224Nm @ 4,000rpm.

Dengan pengenalan jentera Proton R3 Suprima S Malaysian Touring Car terbabit, pasukan R3 telah membuktikan bahawa model hatchback seperti Suprima S ini masih bersesuaian untuk dinaik taraf menjadi sebuah jentera berprestasi tinggi.

Proton Suprima S R3 Malaysian Touring Car ini telah diperkenalkan buat pertama kali kepada umum di Karnival Jualan Proton pada 6 – 8 Februari 2014 yang diadakan di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu. Spesifikasi Proton R3 Suprima S Malaysian Touring Car :

Engine Type – R3 Campro CPS 1597cc 16 valve
Engine Transmission – F41 5 MT Close Ration Gearbox
Power (bhp/ppm) – 178/7500
Torque (Nm/rpm) – 224/4000
Bodyshells – R3 Lightweight Bodyshell + 6 Point Rollcage
Wheels – R3 Lightweight 15 x 7 ET25 5H PCD 114.3
Tyres – Hankook Ventus Z221 195/55R15 Semi Slick
Bodykit – R3 Front Splitter & Side Skirt; R3 Custom Brake Cooling Ducts

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 

sumber dipetik : GearTinggi / Azelery
Share this article :

+ comments + 3 comments

Tanpa Nama
12 Mac 2014 2:21 PG

AKU BANGGA DENGAN PROTON

Tanpa Nama
13 Mac 2014 7:17 PTG

macho kete ni... emmmm

17 Mac 2014 12:53 PTG

Blog automotif Permotoran.com untuk dijual!!!

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger