Spyshot Nissan Sylphy 2014!


Menurut InfoKereta.com, ini merupakan model serba baharu Nissan Sylphy 2014. Foto ini berjaya dirakam di Jalan Taman Bukit Maluri sehingga Lebuhraya Selayang-Kepong menuju ke Sungai Buloh oleh saudara Andy. Terdapat dua unit Sylphy iaitu merah hati dan silver.

Kemungkinan besar Sylphy ini bakal dilancarkan di pasaran Malaysia pada penghujung April atau awal Mei ini. Ia mungkin menggunakan enjin MRA8DE 1.8 liter DVVT dengan transmisi XTronic CVT yang mampu mengeluarkan kuasa 131 PS dan tork 174 Nm.

Rekaan luaran Sylphy mengikut foto ini, ia kelihatan dinamik bahagian hadapan dan belakang malah lebih segar dan berlainan berbanding dengan model yang terdahulu. Kehadiran jeriji hadapan tiga-dimensi dengan lampu utama projektor dan lampu pencahayaan siang LED menyerlahkan gaya bumper hadapan Sylphy ini.

Manakala lampu belakang yang agak lebar pula menimbulkan efek yang agak agresif, apatah lagi dengan kedudukan bonet belakang yang sedikit tinggi. Setakat ini, belum ada info yang lebih lanjut diperolehi terutama bahagian mekanikal.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 


Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger