Sistem Biometrik : Guna Cap Jari Tukar Hak Milik Kenderaan


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah akan memperluaskan penggunaan sistem pengesahan cap jari elektronik dalam urusan tukar hak milik kenderaan bagi mengelakkan penipuan mulai 1 April ini.

Ketua Penolong Pegawai Bahagian Perlesenan Kenderaan, Zakaria Ahmad berkata sistem elektronik melalui MySikap yang memerlukan pengesahan cap jari lebih efisien berbanding cara manual yang empunyai kecenderungan berlaku penipuan.

Beliau berkata, penggunaan kaedah itu boleh mengelakkan penipuan maklumat dalam penukaran hak milik kenderaan.

“Kita juga boleh mengurangkan kecuaian petugas kaunter semasa menyemak dokumen bagi mengelak kekeliruan.

“Sebelum ini, kita memang ada terima kes penipuan apabila pemilik tidak tahu kenderaannya sudah bertukar milik. Ini yang kita cuba elak,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, proses tukar hak milik hanya dapat dilakukan jika pemilik lama dan baru hadir ke kaunter JPJ.

“Dahulu mereka boleh melakukan pengesahan depan pegawai JPJ, hakim mahkamah seksyen atau pesuruhjaya sumpah. Tetapi sekarang mereka perlu hadir ke mana-mana cawangan JPJ untuk proses cap jari,” katanya.

Pada September tahun lalu, media melaporkan JPJ akan menggunakan sistem MySikap di semua pejabatnya di seluruh negara.

Ketua Pengarahnya Datuk Ismail Ahmad bekata sebagai langkah awal, JPJ negeri menampal notis pemberitahuan dan membuat hebahan dari semasa ke semasa kepada pelanggan termasuk melalui portal, Facebook dan Twitter jabatan mengenai perkara itu.

sumber Sinar Harian
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger