Proton Tidak Pernah Memohon Dana RM3 Bilion


Syarikat pengeluar kereta nasional Proton menafikan laporan akhbar The Star kononnya ada memohon dana pembangunan sebanyak RM3 bilion dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Petronas.

Ketua Komunikasi Proton, Balkish Hood berkata, Proton tidak pernah memohon sebarang dana daripada kedua-dua entiti yang disebutkan tersebut. Malah dakwaan mengatakan Proton telah memperuntukkan RM3.8 bilion sehingga 2017 juga tidak benar.

Balkish berkata, sebelum pengambilalihan oleh DRB-Hicom, Proton ada memohon geran penyelidikan dan pembangunan (R&D) di bawah Skim Pra-Pakej Insentif yang diwujudkan oleh kerajaan menerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia atau MIDA.

Apabila DRB-Hicom mengambil alih, Proton mengkaji semula permohonan dengan MIDA tersebut daripada segi jumlah dan mengesahkan aktiviti R&D yang diambil dan yang disiapkan. Dalam aspek ini, Proton telah mematuhi semua garis panduan yang ditetapkan oleh MIDA misalnya definisi R&D, kelayakan perbelanjaan dan prosedur pengeluaran geran.

“Pasukan MIDA dan juruaudit bebas telah melawat Proton bagi memastikan syarikat itu melaksanakan kegiatan R&D sebagaimana dicadangkan dan mematuhi kehendak teknikal dan kewangan,’’ ujarnya. Balkish berkata, untuk rekod, sehingga kini Proton telah mendaftarkan sebanyak 1,756 tanda dagang, paten dan reka bentuk Hak Harta Intelek (IPRs).

sumber dipetik : Utusan
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger