Proton Suprima S Enam Kelajuan Ditemui Di Perak!


Gambar ini saya perolehi melalui paultan.org, ia merupakan sebuah Proton Suprima S yang dilengkapi dengan gear manual enam kelajuan R-1-2-3-4-5-6, seperti sebelum ini kita dapat lihat Suprima S manual ditemui dalam kawasan Proton.

Suprima S manual ini sebahagiannya ditampal camouflage dan saya rasa seakan tiada beza. Di bahagian dalam kita dapati sebelah start button terdapat seperti deretan butang skrol beroda, manakala bahagian tepi tempat duduk terdapat jahitan beg udara SRS yang melengkapkan enam beg udara keseluruhan.

Seperti yang kita lihat pada gambar, terdapat lift button untuk masuk gear reverse yang terletak di sebelah gear satu, seperti Proton Savvy. Ada sumber menyatakan ia adalah gear Getrag enam kelajuan, sedia ada adalah menggunakan gear CVT 7 Kelajuan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif juga ada bercakap tentang kotak gear enam kelajuan manual (yang telah diumumkan bagi pasaran Australia 2014) akan dipasangkan dengan enjin 1.6 liter CFE dan bukannya CPS dan IAFM (yang mana lima manual kelajuan sedia ada).

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ


 

Share this article :

+ comments + 2 comments

Tanpa Nama
5 Mac 2014 11:05 PG

TERBAIK UNTUK PROTON PELBAGAI VARIAN

Tanpa Nama
13 Mac 2014 7:18 PTG

laju ni 6 speed :D

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger