Proton Perlu RM3 Bilion Untuk Bangunkan Model Baharu


Laman web www.thestar.com.my melaporkan Proton kini sedang meminta bantuan dari kerajaan dan Petronas sebanyak RM 3 bilion untuk membangunkan model baharu. Namun MITI dan Petronas telah menolak permintaan tersebut. Dana sejumlah RM3.8 bilion diperlukan untuk plan pemulihannya sehingga 2017 yang mana bakal digunakan untuk pembangunan model baharu termasuk kereta elektrik.

Laporan turut menyebut, Abdul Harith Abdullah telah dilantik sebagai pemangku CEO untuk menggantikan Datuk Lukman Ibrahim yang telah melepaskan jawatannya baru-baru ini. Lukman dikatakan gagal untuk memulihkan prestasi Proton dan hingga kini Proton masih belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perletakan jawatannya.

Proton juga dikatakan tidak mampu mencapai sasaran jualan 350,000 unit kenderaan setahun menjelang 2018. Model terbaru Proton P2-30A Global Small Car(GSC) pula bakal dilancarkan menjelang Jun nanti bakal menjadi titik tolak kepada pemulihan prestasi Proton, dan bukannya bulan April.

sumber : funtasticko
Share this article :

+ comments + 2 comments

Tanpa Nama
6 Mac 2014 1:33 PTG

adakah ini tindakan yg memalukan?

Tanpa Nama
13 Mac 2014 7:27 PTG

pinjam kna byr blk tu hehe...

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger