Nissan Livina X-Gear Facelift 2014 Kini Di Malaysia


Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah pun melancarkan model facelift untuk Nissan X-Gear di Pusat beli belah 1 Utama. X-Gear merupakan model crossover dengan lima tempat duduk, dan merupakan model CKD yang dipasang di kilang Tan Chong di Serendah. 

Sungguhpun berbeza dengan Nissan Grand Livina yang mempunyai tujuh tempat duduk, namun terdapat beberapa persamaan, antaranya – gril krom berbentuk V, lampu hadapan yang baharu, set kombinasi lampu belakang serta rekaan bonnet enjin baharu.

Antara ciri baharu yang ditawarkan ialah roof rails yang boleh menampung beban sehingga 25kg, rim aloi 15 inci rekaan baharu, cermin sisi yang diperkemaskan, bumper hadapan dan belakang yang menerima suntikan rekaan baharu meningkatkan lagi gaya moden untuk crossover ini.

Jika dilihat ke bahagian kabin pula, ciri-ciri baharu yang ditampilkan – kluster meter Fine Vision untuk Paparan Multi-Maklumat (MID), stereng dengan butang kawalan audio, tempat duduk dari material fabrik, serta tempat duduk belakang yang boleh dilipat dengan konfigurasi 60:40 dengan  keluasan ruang kargo belakang boleh ditambah kepada 769 liter dari ruang asal 383 liter (tanpa tempat duduk dilipat).

Dari segi aspek keselamatan, dua beg udara ditawarkan dengan ABS bersama EBD serta BA. Disamping itu, model facelift ini turut dilengkapi dengan tali pinggang keledar yang baharu untuk pemandu dan penumpang hadapan yang mana kini dilengkapi dengan ciri pra-renggangan (pre-tensioners) dan penghad beban (load limiters) yang mana mematuhi piawaian keselamatan terkini UNECE.

Radio 2 DIN AM/FM dengan pemain CD serta AUX, empat pembesar suara, dan kemasukan tanpa kunci (remote keyless entry), adalah antara ciri standard yang ada ditawarkan untuk Nissan X-Gear facelift 2014.
Menggunakan enjin 1.6 liter HR16 dari X-Gear sebelum ini, dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan memacu roda hadapan, dengan prestasi yang sama iaitu 103 kuasakuda ada 5,200 rpm dan150Nm tork pada 4,400 rpm.

Boleh didapati dengan tiga pilihan warna baharu iaitu Diamond Black, Bronze Gold dan Garnet Red, dan disamping dua warna sedia ada iaitu Brilliant White dan Tungsten Silver. Pembeli X-Gear akan ditawarkan dengan jaminan selama tiga tahun atau 100,000km had perjalanan.

Terdapat pilihan pakej yang turut ditawarkan ETCM, iaitu;

Pakej Premium NAVI  (harga RM5,800)

V-Kool Elite (RM2,600) Solar Gard Armorcoat (RM1,400), Solar Gard (RM950)
Lampu indikator jenis LED untuk cermin sisi (RM400)
Kombinasi tempat duduk dan panel pintu balutan kulit (Hitam sahaja) (RM1,800)
Door Visor (RM320)
Paparan skrin bersaiz 6.5 inci Multimedia Navigation dengan Kamera undur, pemain DVD, iPod/ USB/ sambungan Bluetooth (RM3,300)

Pakej Lengkap IMPUL (harga +RM9,800)

Spoiler bumbung belakang IMPUL: RM700
Rim aloi 17-inci IMPUL Aura SX-20: RM4,500 (4 unit)
Sistem suspensi Sport IMPUL: RM2,800

Kepada yang berminat, ETCM sekarang menganjurkan pameran di 1 Utama sehingga 30 Mac, dan tempahan sudah mula diterima samada di pameran tersebut atau di mana-mana bilik pameran Nissan seluruh negara.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 
 
 
 
 


 
 


 sumber ArenaKereta

Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger