Mazda 3 SkyActiv Kini Di Malaysia


Setelah lama menanti, akhirnya Bermaz Motor melancarkan Mazda 3 2014 serba baharu di 1 Utama. Untuk permulaan, Bermaz hanya membawa masuk model CBU yang dilengkapi dengan enjin kebanggaan Mazda – 2.0 liter SkyActiv empat silinder, dan hanya model sedan sahaja sebagai pilihan. Enjin 2.0 liter SkyActiv dipadankan dengan transmisi automatic enam kelajuan, menjanakan 162 kuasa kuda dan 210Nm tork.

Seperti yang pernah kami kongsikan sebelum ini, Mazda 3 baharu ini mengadaptasi rekaan luaran yang menawan dari sentuhan rekaan KODO, seperti model Mazda 6 dan CX-5.

Rekaan gril hadapan yang agak lebar, dipadankan dengan lampu bi-xenon yang dilengkapi dengan LED pencahayaan waktu siang, lampu kabus, rim aloi bersaiz 18 inci, kombinasi lampu belakang dari LED, jelas kelihatan model yang menjadi pesaing kepada model Toyota Altis, Honda Civic, Ford Focus dan Kia Cerato agresif dan sporty dalam kelasnya.

Untuk bahagian dalaman pula, kelihatan sangat elegan dengan kekemasan hitam piano, penghawa dingin zon tunggal, tempat duduk dari material fabrik, sistem kunci pintar dengan butang penghidup enjin, bumbung panoramik, pedal penukar gear (shift paddles) pada stereng yang dibaluti kemasan kulit, ternyata Mazda3 sememangnya menitik beratkan elemen moden serta mengikuti trend kemahuan pengguna untuk sesebuah kereta.

Di bahagian panel instrumen pula, speedometer terletak di bahagian tengah diapit dengan meter putaran digital pada sebelah kiri manakala kanan pula terletak skrin paparan pelbagai informasi (multi info display).

Bagi unsur keseronokan, sistem infotainmen yang terdapat pada Mazda3; enam pembesar suara dan MZD Connect serta skrin sentuh bersaiz tujuh inci yang juga memaparkan navigasi. CD, Bluetooth, AUX, USB dan SD juga turut dihubungkan dengan sistem ini.

Dari segi ciri-ciri keselamatan, Mazda 3 dilengkapi dengan enam beg udara, ABS, EBD, BA, Kawalan Kestabilan Dinamik, serta Kawalan Cengkaman (Traction Control).

Ciri-ciri lain menarik yang ditampilkan pada model segmen C ini ialah ruangan kargo berkapasiti 408 liter, sistem kawalan i-Stop dan i-Eloop, serta AFS (Adaptive Front-Lighting).

Boleh didapati dalam empat pilihan warna; Soul Red Metallic, Snowflake White Pearl Mica, Titanium Flash Mica dan Meteor Grey Mica. Mazda 3 baharu ini boleh didapati dengan harga atas jalan RM138,935 termasuk insuran. Pembeli turut menikmati tawaran jaminan selama tiga tahun atau 100,000km (yang mana dahulu) juga pakej servis percuma selama tiga tahun atau 60,000km perjalanan.

Dikhabarkan model CKD akan mula dipasang pada suku ketiga tahun ini, dengan model yang akan dipasang ialah varian 2.0 dan 2.5 liter dan dalam kedua-dua sedan dan hatchback. Kebarangkalian untuk 1.5 liter dan hybrid untuk dipasarkan di sini adalah rendah buat masa sekarang. Tanda harga yang akan dipasangkan pada model CKD pasti lebih murah dari unit CBU.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 
 
 

sumber Arena Kereta
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger