LOTUS EXIGE S ROADSTER KINI DI MALAYSIA


Lotus Cars Malaysia melancarkan Exige S Roadster untuk pasaran Malaysia di bilik pamerannya di Sungai Penchala, Kuala Lumpur. Roadster baharu itu dilancarkan oleh Penasihat Proton, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut disertai oleh pengurusan kanan DRB-HICOM, Proton dan Lotus.

Exige S Roadster adalah pelengkap kepada famili Exige yang terdiri daripada Exige S, Exige Cup dan Exige Cup R. Dikuasakan oleh enjin 3.5L V6 sama seperti model coupé, kereta itu 10kg lebih ringan daripada Exige S iaitu 1166kg dan mampu memecut dari sifar ke 100km/j dalam 3.9 saat. Output kuasanya ialah 345hp pada 7000 rpm (350 ps) dengan tork 295 lb ft pada 4500 rpm.

Sempena majlis pelancaran, Tun Dr Mahathir turut menyerahkan replika kunci kepada pemilik pertama Exige S Roadster di Malaysia iaitu Encik Simon Flint yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Fitness First Asia. Encik Simon merupakan peminat Lotus dan model pertama yang dimiliki ialah Europa SE.

Exige S Roadster adalah model paling baharu di dalam barisan model Lotus Malaysia selain daripada Exige S, Elise E, Elise MT, Exige MT, Evora MT, Evora AT dan IPS. Harga jualan Lotus Exige S Roadster bermula dari RM452,030.00.

Spesifikasi Lotus Exige S Roadster

ENGINE
Mid mounted, transverse 3.5 litre 24valve DOHC V6 dual VVT-I, 24-valve equipped with Harrop HTV 1320 Supercharger.

TRANSMISSION
6-speed manual gearbox with sport ratio

PERFORMANCE

0-100 km/h 3.9 seconds

Max speed 233 km/h (145 mph)

Max power 345 hp at 7000 rpm (258 kW) (350 PS)

Max torque 295 lbft at 4500 rpm (400Nm)

Unladen vehicle mass 1166 kg

WHEELS & TYRES: Lightweight cast alloy wheels (17” front and 18” rear) clad with Pirelli P-Zero Corsa tyres.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 
 

sumber GearTinggi
Share this article :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
27 Mac 2014 3:18 PTG

bank bg berape percent utk kereta ni?

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger