Kadar Harga Tol Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang)


Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mengumumkan bahawa kutipan tol bagi Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) yang telah dibuka kepada orang ramai mulai 1 Mac 2014 lalu, akan berkuatkuasa pada 6.00 pagi, 1 April 2014

Bagi pengguna yang menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dari tanah besar (Batu Kawan) ke arah bahagian pulau (Batu Maung), kutipan tol akan dikenakan secara sehala di Plaza Tol Jambatan  Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan Plaza Tol Bandar Cassia

Kadar tol yang dikenakan mengikut kelas kenderaan adalah seperti berikut



Ringkasan Penerangan Kadar Harga Tol

Kereta kecuali teksi dan bas (kelas 1) = RM8.50
Motosikal (kelas 0) = RM1.70
Kenderaan enam tayar kecuali bas (kelas 2) = RM30.50
Kenderaan kelas 3 = RM70.10
Teksi (kelas 4) = RM8.50
Bas (kelas 5) = RM26.20


sumber MySumber
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger