Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Pulau Pinang – Percuma Sebulan


Jambatan kedua Pulau Pinang yang merupakan ikon terbaharu negara kita telah pun dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan telah pun dibuka bermula tengah malam 1 Mac 2014. Dikenali sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, merupakan jambatan terpanjang di Asia Tenggara, sepanjang 24 kilometer dengan 17 kilometer daripadanya merentasi laut manakala 7 kilometer di daratan. Ianya mengambil masa selama enam tahun untuk disiapkan.

Perdana Menteri turut menyatakan bahawa ianya boleh digunakan secara percuma selama sebulan. Jambatan yang mempunyai kapasiti sebanyak 100,000 kenderaan setiap hari dengan dua laluan kereta dan satu laluan motosikal, menghubungkan Batu Kawan (semenanjung) ke Batu Maung (pulau), dengan jarak perjalanan dianggarkan mengambil masa 30 minit dengan kelajuan 80 km/h.

sumber : ArenaKereta
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger