BMW DesignworksUSA Mereka Tren MRT Kuala Lumpur


BMW Group telah mengumumkan bahawa anak syarikatnya DesignworksUSA telah dikontrakkan untuk mereka bentuk tren untuk Kuala Lumpur Mass Rapid Transit ( KL MRT). Syarikat yang berpangkalan di California ini ditugaskan oleh Siemens untuk  mereka bentuk 58 buah kabin tren tanpa pemandu “Siemens Inspiro” , yang dijadualkan beroperasi pada 2017.

Reka bentuk luarannya dinamisme kekuatan dan ia melambangkan keyakinan diri , kepimpinan teknologi , kemajuan dan keselamatan manakala bahagian dalamannya pula mempamerkan ciri kebiruan yang membayangkan daya saing dan kepelbagaian budaya di Kuala Lumpur. 

Kontras warna telah digunakan di kawasan pintu untuk membimbing penumpang keluar masuk untuk memastikan penumpang dapat keluar masuk dengan mudah. LED digunakan untuk menerangi kabin tren , termasuk di bawah tempat duduk untuk mewujudkan perasaan selamat dan lapang , serta untuk membantu memudahkan penyelenggaraan kabin tren baru ini.

Replika kereta api ini, termasuk bahagian hadapannya kini dipamerkan di balai ketibaan KLIA Ekspres di KL Sentral, yang boleh dikunjungi setiap hari sehingga 18 Mei 2014, dari 9:00 pagi sehingga 9:00 malam.


Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger