Biodiesel B5 Dijual Seluruh Negara Bermula 1 Julai 2014


Program B5 iaitu adunan lima peratus biodiesel sawit dan 95 peratus diesel petroleum akan dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara, mulai 1 Julai depan. Berikutan itu, semua 3,887 stesen minyak di seluruh negara akan menjual sumber tenaga mesra alam dan boleh diperbaharui mulai tarikh berkenaan. 

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Douglas Unggah Embas, berkata sebanyak 2,800 stesen minyak di Semenanjung menjual bahan bakar itu sejak Jun 2011, bermula di wilayah tengah membabitkan Putrajaya, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor sebelum diperluaskan ke zon lain. 

"Penggunaan biodiesel sawit nasional dijangka meningkat kepada 500,000 tan setahun apabila dilaksanakan sepenuhnya termasuk bagi sektor tidak bersubsidi, berbanding 250,000 tan setahun ketika ini," katanya pada majlis pelancaran penggunaan biodiesel sawit di Wilayah Timur di sini, semalam. Majlis pelancarannya disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger