BAGAIMANA HENDAK MEMANDU KERETA YANG BERGEAR MANUAL



Semua pelajar memandu kereta di Malaysia dilatih dan diuji dengan menggunakan kereta yang bergear manual.Hanya pelajar yang mendapat surat kebenaran dari pihak JPJ sahaja yang akan dilatih dan diuji dengan kereta bergear auto.

Selepas memiliki lesen memandu,ramai yang membeli dan memandu kereta auto kerana ianya lebih mudah untuk dipandu lebih-lebih lagi di kawasan Lembah Kelang atau di bandar-bandar besar yang sesak.

Persoalannya boleh kah anda kembali mahir memandu kereta manual selepas bertahun-tahun memandu kereta auto? Terdapat pemandu yang mahir memandu kedua-dua jenis kereta ini dan terdapat juga yang kurang mahir dan hampir terlupa macamana hendak memandu kereta manual.

TIPS UNTUK MEMANDU KERETA MANUAL

Usah risau! Mudah sahaja.Cuba kembalikan ingatan ketika anda mula-mula belajar kereta dahulu. Bagaimana hendak menggerakkan kereta anda.Lihatlah ada 3 pedal di lantai kereta anda dan kaki anda hanya ada 2 sahaja. Kaki kiri dan kaki kanan.

Formula mudah.

Kaki kiri - Untuk kawal pedal clutch yang berada paling kiri.
- Kegunaannya untuk menukar gear.
- Caranya tekan pedal clutch sehingga jejak ke lantai dan masuklah gear yang sesuai.

Kaki kanan - Untuk kawal pedal brek yang berada di tengah atau
Untuk kawal pedal minyak yang berada paling kanan.

Cara hendak menggerakkan kereta.
- Tekan clutch hingga jejak ke lantai dan masuk gear satu dengan cermat dan lembut. Kaki di pedal clucth diangkat perlahan lebih kurang 60% sehingga terasa badan kereta bergegar hendak bergerak,tambah sedikit minyak dan kawallah kelajuan dan stereng anda.Bila sudah stabil dan meter mencecah ke 20km - 25km,tukarlah kepada gear 2 dan meter mencecah ke 30km - 35km,tukar ke gear 3,meter mencecah ke 40km tukarlah ke gear 4 dan seterusnya tukarlah ke gear 5 mengikut kelancaran jalanraya.

Cara hendak mengelakkan dari engin mati setelah gear dimasukkan.
- Jangan angkat pedal clutch secara mengejut dan pastikan kelajuan kereta anda telah stabil barulah penukaran gear dilakukan atau pedal clutch dilepaskan dengan perlahan.

- Jika hendak berhenti atau mengekori kereta yang terlalu perlahan sehingga meter turun dibawah 30km,tekan pedal clucth dulu baru tekan pedal brek. Untuk mengelakkan anda kelamkabut kerana anda kurang mahir.

- Bila kereta berhenti pastikan tekan pedal clutch sehingga jejak ke lantai dan pedal brek. Sebelum mengangkat kedua-dua kaki,anda wajib bebaskan gear dulu dan tarik brek tangan atau tarik brek tangan dan bebaskan gear.

Nota penting: 
Sekiranya anda sudah biasa memandu kereta auto dan baru hendak menyesuaikan diri dengan kereta manual,janganlah memandu terlalu laju dan sentiasa berhati-hati ketika mengawal pergerakan kaki dan tangan. Sesuaikan diri anda dengan kereta dan dapatkan keselesaan dengan memandu sambil mengenalpasti kedudukan gear di tangan dan pedal di kaki anda.

sumber JPJ
Share this article :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
26 Mac 2014 1:39 PTG

panduan yang berguna kpd yang baru nak guna kereta

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger