AKU DAN KERETA : Dulu Dan Kini


Aku dan Kereta

Setiap orang pasti ada kenangan bersama kereta terutama lelaki. Kebanyakan lelaki menghabiskan masa dan wang untuk kereta mereka. Jika yang sudah berumah tangga, kereta ibarat bini nombor dua. Banyak perkara kita kena uruskan pasal kereta ni. Nak kena basuh, servis, tukar itu, tukar ini.

Saya juga mempunyai sejarah yang tersendiri bersama kereta kesayangan saya. Impian pertama saya bila dapat kerja adalah untuk beli kereta, dan Proton Iswara Aeroback menjadi pilihan pada ketika itu. Saya banyak menghabiskan wang untuk kereta demi kepuasan dengan penambahan aksesori supaya sedap mata memandang, seronok bila dipandu.


Pada hari ini saya sudahpun berumah tangga, dan telah mempunyai sebuah Proton Exora Bold memandangkan keperluan membawa muatan yang lebih. Kebanyakkan masa saya kini lebih bertumpu di rumah sahaja. Masa berlalu begitu pantas, pelbagai cabaran dan dugaan dihadapi oleh saya sebagai pemilik kereta seperti cermin pecah, kena langgar dan saya juga melanggar orang!

Jika dahulu, kereta pertama saya dibeli di kedai memerlukan masa untuk pengesahan kerana pada ketika itu semua sistem adalah guna kertas, tidak macam sekarang, semua online. Pada masa ini, saya membeli kereta juga guna sistem online, dan semua urusan online! Guna smartphone nak urus apa-apa berkaitan kereta saya!

Rich Plan : mudah, cepat dan ada diskaun!

Betapa mudahnya zaman sekarang, semua online. Kalau dulu nak hidupkan insuran dan roadtax, kena beratur di pejabat Pos, atau kena berkejar ke pejabat ejen insuran serta bank. Ada pula kena berurusan di Pejabat JPJ. Semua ini memakan masa, kos pengangkutan mahupun kos bayar parkir. Senang cerita waktu kerja akan terjejas, duit hilang macam tu je.


Di Rich Plan, kepuasan hati merupakan keutamaan yang ditawarkan oleh syarikat ini kepada anda. Dengan menawarkan perkhidmatan secara online, Semua urusan dipermudah dan menjimatkan masa, jika dulu saya terpaksa memakan masa sehingga beberapa hari kena keluar untuk berurusan, kini semua di depan mata dan di hujung jari serta di mana sahaja. Beberapa jenis konsultasi yang ditawarkan oleh Rich Plan iaitu :

1.Personal Financial Profile (Profail Kewangan Individu)
2.Risk Management (Pengurusan Risiko)
3.Investment Management (Pengurusan Pelaburan)
4.Tax Planning (Perancangan Percukaian)
5.Wassiyah & Real Estate Planning (Perancangan Hartanah & Wasiat)
6.Retirement Planning (Perancangan Persaraan)

Manakala untuk jenis perkhidmatan yang ditawarkan pula, ada dua yang utama iaitu :

1.Smart Drivers
2.Non Motor Insurance

Perkhidmatan Smart Drivers merupakan satu perkhidmatan pembaharuan cukai jalan dan insurans yang menawarkan ganjaran menarik untuk anda. Ia menawarkan sebutharga percuma, penghantaran percuma, nasihat mengenai insurans dan tentulah yang menggembirakan sekali pemberian hadiah kepada anda.


Apa yang menarik lagi ialah Rich Plan kini menawarkan “Potongan sehingga 15% untuk insuran dan cukai jalan, tempahan awal bermula sekarang hingga ke 31 Mac”. Walaupun tawaran ini berakhir pada 31 Mac 2014, manakala roadtax dan insuran saya akan tamat tempoh bulan April, saya masih berpeluang mendapat diskaun tersebut dengan melakukan pendaftaran awal di Rich Plan.

Rich Plan adalah syarikat yang menawarkan servis perbaharuan insuran kereta dan cukai jalan yang menawarkan sehingga 15% potongan harga ke atas NCD sedia ada. Dari sekarang hingga ke 31 Mac, rakan pembaca boleh membuat tempahan awal dengan mengisi borang dalam talian.


Bagi anda yang berminat untuk menjimatkan masa, menjimatkan wang dan paling penting tidak memenatkan anda berkejar-kejar waktu tengah hari panas dan silap-silap haribulan anda berhujan, anda boleh klik link di bawah ini untuk berurusan begitu mudah dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Rich Plan :

http://bit.ly/1qs0xI9 (Terma Syarat dan Laman Web Rich Plan)
http://bit.ly/1kdPjU2 (borang diskaun 15%)

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Salam Media kerana memperkenalkan saya dengan Rich Plan ini.
Share this article :

+ comments + 4 comments

18 Mac 2014 8:52 PTG

singgah membaca entri ini.. mama juga baru saja submit kisah kereta ini di salam media.. :)

18 Mac 2014 10:18 PTG

Memang mudah urusan online, dulu terpaksa ke ejen insuran
sekarang ni urus dari dalam rumah dan tunggu penghantaran

Tanpa Nama
19 Mac 2014 1:39 PTG

sangat mudah!

3 Ogos 2016 7:33 PG

Adakah anda memerlukan pinjaman? atau memerlukan pinjaman untuk membayar dept atau bil-bil anda bimbang tiada lagi, dan jika ya, sila hubungi kami secara langsung pada: jeffersoncarsonloanfirm@hotmail.com

nama: ....
Jumlah Pinjaman yang diperlukan: ...
menyatakan: ....
negara: ...
nombor telefon:.....

NOTA: SEMUA MAIL PERLU DIKEMUKAKAN KEPADA EMAIL INI: jeffersoncarsonloanfirm@hotmail.com

facebook: https://web.facebook.com/profile.php?id=100010423990093

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger