Toyota Agya / Daihatsu Ayla Ditemui Di Malaysia!


Menurut pembaca paultan.org, Melvin Choong berjaya merakam model yang kelihatan seperti Toyota Agya / Daihatsu Ayla di Jalan Duta. mungkinkah Perodua telah membawa masuk model ini untuk menguji dan menilai sebagai pengganti Viva kelak?

Lagipun Ketua Pegawai Eksekutif Perodua,Datuk Aminar Rashid telah mendedahkan bahawa "model baru" yang bakal dilancarkan pada separuh kedua tahun ini bukan sedan dan Viva pula sudah hampir tujuh tahun.

Walau bagaimanapun, "model baru" akan dibina di kilang baru Perodua yang terletak bersebelahan dengan yang sedia ada di Sungai Choh, Rawang, manakala kotak gear akan datang dari kilang E-AT di Taman Perindustrian Sendayan, Negeri Sembilan.

Rupa luaran "model baru" akan direka bentuk secara oleh Perodua, manakala interior telah dipratonton oleh Space konsep GMA di KLIMS13 yang lalu. Pada tahun lepas, Perodua mengumumkan akan mengeluarkan model baru pada tahun ini dengan harga yang lebih rendah dan mampu milik.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ



Share this article :

+ comments + 3 comments

Tanpa Nama
11 Februari 2014 10:45 PG

biasanya no plat akan tukar ke pintu bonet belakang. design new bumper. tu je lah kerja perodua selama ni.

Tanpa Nama
18 Mac 2014 6:56 PTG

pkai cvt ke ni...

Tanpa Nama
19 Mac 2014 8:23 PG

mungkin pakai cvt, nak jadi eco car mesti kena cekap tenaga.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger