Spyshot Suzuki Grand Vitara Di Sweden


Nama Suzuki seolah-olah semakin menyepi dalam dunia automotif termasuklah Malaysia, namun industri keretanya masih berkembang maju dalam banyak pasaran lain. Selain daripada SX4 yang dikemaskini dan kereta-kereta konsep menarik yang dijanjikan di Tokyo Motor Show lepas, Suzuki semakin bersedia untuk melancarkan pengganti bagi model lagenda mereka iaitu Grand Vitara.

Berdasarkan spyshot di Sweden ini, pengganti Grand Vitara ini dikhabarkan tidak lagi menggunakan nama Grand Vitara, dan dari segi rekaannya ia berdasarkan gaya konsep Suzuki iV-4 yang dipaparkan di Frankfurt Motor Show tahun lepas. Gaya yang dimaksudkan termasuklah, lampu sudut yang halus, Tiang sokongan D (D pillars) yang sedikit curam dan gerbang roda belakang yang dibentuk cantik. Desas-desus mengatakan bahawa SUV Suzuki baru ini bakal mula dijual di Eropah tahun depan.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 
 

sumber : Autoblog.com
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger