Spyshot : Proton P2-30A Global Small Car (GSC) Ditemui Di Genting Sempah!


Model terbaru Proton  P2-30A Global Small Car (GSC) ditemui lagi! Gambar kiriman oleh saudara Ameer Zaheen Minhaj ini telah berjaya dirakam di Petronas Genting Sempah. Terdapat dua buah Unit Proton P2-30A Global Small Car (GSC), yang mana salah satunya sedang mengisi minyak. Saya nak ucapkan terima kasih kerana saudara Ameer sudi hantar gambar-gambar menarik ini, yang pada mulanya beliau share di instagram.

Menurut beliau, kedua-dua buah unit ini mungkin sedang melakukan ujian bebanan kerana kedua-duanya fully loaded. Jika kita perhatikan pada gambar, terdapat perbezaan pada rim tayar, tiada wiper blade belakang dan juga rekaan spoiler seakan berbeza antara kedua-duanya. Cermin Sisi memperlihatkan ia rekaan baru yang dipasang pada pintu bukan lagi pada A Pilar.

Proton P2-30A Global Small Car (GSC) mempunyai beberapa ciri baru, headlamps agak besar, Gril atas mempunyai elemen Proton Emas dengan logo Proton di tengah-tengah dan juga jeriji yang besar di bawah berdasarkan Lotus Ethos. Bahagian no pendaftaraan terletak pada tengah bahagian masukan besar tersebut. Punat air wiper juga tidak pada bonet hadapan sebaliknya di bahagian wiper.

Proton P2-30A Global Small Car (GSC) dibangunkan dengan platform serba baru yang bakal dikongsi dengan model gantian Saga dan MPV B segmen, model ini akan dilancarkan pada suku pertama 2014 (Kemungkinan April ini). Ia mungkin mempunyai 2 pilihan enjin, 1.3L IAFM+ dan 1.6L Campro NFE (mempunyai fungsi “Smart On/Off”). Transmisi CVT 7-kelajuan ProTronic (adakah mungkin manual 6-kelajuan akan dipadankan sebagai kombinasi kepada enjin tersebut?) 

Berdasarkan spyshot sebelum ini, pada bahagian interior, terdapat sokongan Bluetooth seperti butang telefon. Terdapat juga USB dan butang AUX, soket USB sebelah poin 12V berhampiran tuil gear, butang mengawal kunci pintu, lampu bahaya, sensor letak kereta dan kawalan kestabilan elektronik (ESC ). Model ini juga dikatakan yang pertama menggunakan EPS (Electronic Power Steering).

Proton P2-30A Global Small Car (GSC) merupakan produk global terbaru Proton selepas Preve dan Suprima S. Jika anda juga mempunyai gambar-gambar menarik seperti ini, kongsikan di sini dengan menghantar kepada saya melalui email admin@azelery.com

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ





Share this article :

+ comments + 2 comments

Tanpa Nama
19 Februari 2014 11:12 PG

harap proton keluarkan model ni yg ada siap bodykit.

Tanpa Nama
19 Februari 2014 1:30 PTG

diorang nk buat fuel consumption. nampak seperti dua varian, mungkin juga dua jenis enjin yang berbeza.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger