Review - Proton Perdana Baharu 2014


Mungkin masih ada yang tertanya-tanya mengenai Proton Perdana Baharu. Ada juga dikalangan kita sudah nampak Perdana 2014 ini di jalan raya. Proton Perdana Baru 2014 telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di Putrajaya, Kuala Lumpur. Perdana ini direkabentuk berasaskan Honda Accord Generasi Ke-8 dan mempunyai dua jenis engin yang berkuasa 2.0 liter dan 2.4 liter.

Kelainan Proton Perdana Baru 2014 berbanding Honda Accord ialah bentuk bumper bahagian depan kereta diubahsuai sepenuhnya dan ditambah dengan penghadang besi, manakala bahagian belakang pula kekal sama namun bahagian lampu ekor dibuang, hanya garis chrome dikekalkan.

Selain itu, kereta Perdana baru ini juga mempunyai ruang dalaman yang besar terutamanya bahagian tempat duduk penumpang. Kerusi sedia ada boleh diundur jauh ke belakang sehingga penumpang boleh duduk dengan kaki terjuntai lurus.

Untuk fasa pertama projek penggantian kenderaan rasmi kerajaan, sebanyak 3,000 unit kereta jenis ini telah mula diagihkan. Dikhabarkan versi Perdana baharu sepenuhnya fasa 2 sedang dibangunkan ketika ini dan bakal dilancarkan ke pasaran pada tahun 2015. Apa yang menariknya, penanda aras Perdana baharu nanti adalah model-model berprestij dari British dan bakal dibangunkan menggunakan platform Honda Accord generasi ke-9.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ




Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger