Proton Suprima S Dengan Gear Getrag Manual Enam Kelajuan!


Gambar ini saya perolehi melalui FB Preve Club, ia merupakan sebuah Proton Suprima S namun apa yang menariknya model ini dilengkapi dengan gear manual enam kelajuan! Pasti ramai kaki lumba yang menantikan perkara ini. 

Menurut Ketua Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Timbalan Datuk Lukman Ibrahim, sebelum ini Proton ada mengumumkan akan memasuki semula pasaran UK dengan memperkenalkan tiga model iaitu Preve, Exora dan Suprima S sebagai kebangkitan semula Proton di sana yang dijangkakan Disember ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif juga ada bercakap tentang kotak gear enam kelajuan manual (yang telah diumumkan bagi Australia dari 2014) akan dipasangkan dengan enjin 1.6 liter CFE dan bukannya CPS dan IAFM (yang mana lima manual kelajuan sedia ada).

Seperti yang kita lihat pada gambar, terdapat lift button untuk masuk gear reverse yang terletak di sebelah gear satu, sama seperti Proton Savvy. Sumber gambar tersebut juga menyatakan ia adalah gear Getrag enam kelajuan, sedia ada adalah menggunakan gear CVT 7 Kelajuan. Dari segi luaran ia menggunakan rim Proton Inspira, berkemungkinan model ini belum finalize lagi.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ




Share this article :

+ comments + 3 comments

Tanpa Nama
18 Februari 2014 1:24 PTG

masuk gear reverse kena tarik tuil tu mcm savvy.

Tanpa Nama
19 Februari 2014 7:52 PTG

MAJU TERUS MAJU PROTON DENGAN PELBAGAI SEGMEN DAN VARIAN

Tanpa Nama
21 Februari 2014 8:58 PTG

klu betul keluar 6 gear manual...aku angkat dlu...haha

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger