Proton R3 Suprima S Malaysian Touring Car Diperkenalkan


Bertempat di Karnival Jualan Proton (6 – 8 Februari 2014) yang diadakan di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu, Proton dengan rasminya memperkenalkan jentera perlumbaan terbaharu ‘Proton R3 Suprima S Malaysian Touring Car’.

Jentera tersebut bakal bersaing dalam perlumbaan Malaysian Super Series (MSS) 2014 bermula 28 Mac depan, dengan dikuasakan enjin 1.6 liter CPS yang menghamburkan kuasa bertenaga setinggi 178hp @ 7,500rpm dan tork maksimum mencecah 224Nm @ 4,000rpm.

Dengan pengenalan jentera Proton R3 Suprima S Malaysian Touring Car terbabit, pasukan R3 telah membuktikan bahawa model hatchback seperti Suprima S ini masih bersesuaian untuk dinaik taraf menjadi sebuah jentera berprestasi tinggi.

Bagi yang menantikan ketibaan Suprima S versi turbo yang digandingkan dengan kotak gear manual 6-kelajuan, Proton mungkin akan melancarkan model berkenaan dalam tempoh suku pertama tahun ini, sama-sama kita nantikan.

Spesifikasi Proton R3 Suprima S Malaysian Touring Car :

Engine Type – R3 Campro CPS 1597cc 16 valve
Engine Transmission – F41 5 MT Close Ration Gearbox
Power (bhp/ppm) – 178/7500
Torque (Nm/rpm) – 224/4000
Bodyshells – R3 Lightweight Bodyshell + 6 Point Rollcage
Wheels – R3 Lightweight 15 x 7 ET25 5H PCD 114.3
Tyres – Hankook Ventus Z221 195/55R15 Semi Slick
Bodykit – R3 Front Splitter & Side Skirt; R3 Custom Brake Cooling Ducts

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 
 

sumber dipetik : permotoran
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger