Proton P2-30A Global Small Car (GSC) Di Lebuh Raya Shah Alam - USJ


Model terbaru Proton  P2-30A Global Small Car (GSC) ditemui lagi!Kali ini seorang ahli EOCM Maryazlan Bin Hj Ma'arof telah memuatnaik gambar ini di FB EOCM. Proton P2-30A Global Small Car (GSC) ini telah berjaya dirakam oleh beliau di Lebuh Raya Shah Alam - USJ. Kelihatan rim yang berbeza berbanding spyshots sebelum ini. Jika dilihat seolah-olah jejari rim tersebut ditampal plaster hitam dan mempunyai wiper blade di belakang.

Proton P2-30A Global Small Car (GSC) dibangunkan dengan platform serba baru dan akan dilancarkan pada suku pertama 2014 (Kemungkinan April ini). Ia mungkin mempunyai 2 pilihan enjin, 1.3L IAFM+ dan 1.6L Campro NFE (mempunyai fungsi “Smart On/Off”). Transmisi CVT 7-kelajuan ProTronic (adakah mungkin manual 6-kelajuan akan dipadankan sebagai kombinasi kepada enjin tersebut?) 

Proton P2-30A Global Small Car (GSC) merupakan produk global terbaru Proton selepas Preve dan Suprima S. Jika anda juga mempunyai gambar-gambar menarik seperti ini, kongsikan di sini dengan menghantar kepada saya melalui email admin@azelery.com

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 


Share this article :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
22 Februari 2014 11:18 PG

Macam kat Elite je...area Putra heights n Saujana Putra.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger