Platinum Oil Terbaik Sehingga 15000km!!


TEKNOLOGI NANO 

Partikel nano boleh ditakrifkan sebagai partikel atau zarah pada skala nano, iaitu 10-9 m atau lebih dikenali sebagai nanometer (nm). Kebanyakan partikel nano adalah dalam lingkungan partikel yang bersaiz 1 hingga 100 nm. Perbandingan fizikal bahan bersaiz nano adalah seperti diameter rambut manusia, iaitu 70 000 nm, sel darah merah, iaitu pada lebar 5000 nm dan molekul organic ringkas pada julat 0.5 hingga 5 nm. Saiznya yang teramat kecil dan mempunyai jumlah luas permukaan yang besar adalah suatu ciri yang unik. Ini menjadikan partikel Nano mempunyai ciri-ciri yang khas untuk digunakan dalam bidang tertentu.

KELEBIHAN Teknologi Nano yang digunakan di dalam Minyak Pelincir ini adalah untuk membantu sistem pembakaran enjin yang lebih sempurna. Kesempurnaan pembakaran bahan api di dalam enjin dapat membantu pengguna menjimatkan penggunaan petrol/bahan bakar serta menambah prestasi enjin setiap kali Pedal minyak di tekan. Di antara kelebihan minyak pelincir keluaran jenama Platinum Oil Fully Synthetic & Synthetic Gold adalah : 

1]*Berkesan sehingga 15,000km sebelum penukaran minyak pelincir seterusnya.
2]*Memberi perlindungan enjin sehingga 5 kali ganda berbanding minyak pelincir biasa. 
3]*Meningkatkan prestasi (pick-up) enjin sehingga 90% 
4]*Enjin lebih mudah dihidupkan walaupun dalam cuaca sejuk. 
5]*Mampu bertahan walaupun berada dalam suhu yang panas.

TEKNOLOGI TANPA GESERAN 

Teknologi Tanpa Geseran atau Zero Friction Technology [ZFT] di dalam PLATINUM OIL merupakan teknologi yang telah dipatenkan yang mana 'zarah-zarah micro' di dalam minyak ini bertindak untuk mengisi permukaan plat logam atau keluli yang tidak sempurna seterusnya menjadikannya mengandungi sifat-sifat extra-ordinari untuk pelinciran. 

Kebiasaannya, bagi mana-mana logam yang bersentuhan antara satu sama lain [seperti di dalam enjin, kotak gear atau bearing] akan mengalami kehausan permukaan yang disebabkan oleh geseran. Kehausan permukaan yang disebabkan oleh geseran ini terdapat pada permukaan logam, enjin atau peralatan yang bersentuhan. 

Keadaan ini menyebabkan lebih banyak tenaga diperlukan untuk melancarkan memastikan peralatan tersebut berjalan atau berfungsi dengan lancar. Dengan penambahan Teknologi Tanpa Geseran (ZFT) di dalam Minyak Pelincir Platinum Oil ini secara tidak langsung memberi satu lapisan perlindungan dan seterusnya mengisi ruang-ruang yang bermasalah pada peralatan dan enjin. 

Dengan bantuan Teknologi Tanpa Geseran (ZFT) ini, ia menjadikan enjin atau peralatan berfungsi dengan lancar dan ianya bertindak untuk memperbaiki permukaan luar dan dalam. Dengan ini pemanduan akan lebih senyap, lancar, pembakaran bahan api kurang & alam sekitar pun terpelihara.

CUBALAH SEKARANG DAN NIKMATI ENJIN YANG LANCAR SERTA PENJIMATAN PETROL DAN MAINTENANCE KENDERAAN ANDA!!!

Setiap penghantaran akan dikenakan caj sebanyak RM10 bagi dalam Negeri Perak walaupun pembelian lebih daripada satu unit. Promosi penghantaran percuma bagi sekitar Ipoh, Teluk Intan, Seri Iskandar dan Manjung.



[klik untuk besarkan imej]

Share this article :

+ comments + 3 comments

Tanpa Nama
22 Februari 2014 2:59 PTG

ada sapa pernah guna x?

5 September 2017 10:06 PTG

yup saya pnh guna

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger