McLaren 650S Coupe Didedahkan Secara Rasmi


Selepas beberapa hari foto dan info dibocorkan sedikit, akhirnya McLaren membuat keputusan untuk mendedahkan serba sedikit mengenai jentera supercar ini menerusi dalam talian sebelum mempamerkannya secara rasmi di Geneva Motor Show bermula 4 Mac ini.

Mclaren telah mengesahkan bahawa ia bakal dijanakan enjin 3.8 liter V8 turbo-berkembar yang mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 650hp. Menurut McLaren lagi, abjad “S” yang diselitkan pada nama supercar ini bermaksud sebagai “Sport”. Malah 650S ini juga dikatakan lebih berkuasa berbanding model 12C.

Tayar Pirelli P Zero Corsa digandingkan rim aloi lima jejari, ia dibuat istimewa bagi 650S ini. Terdapat beberapa perubahan kecil turut dilakukan termasuklah door blades yang terletak di belakang tayar hadapan yang bertujuan untuk menghasilkan lebih downforce. Secara tidak langsung ia mampu menambahkan lagi 24 peratus downforce pada kelajuan 241km/j berbanding dengan model 12C.

Selain itu, sistem suspensi Pro Active Chassis Control (PCC) turut dipertingkatkan bagi 650S ini. Di mana pelarasan untuk suspensi dan powertrain telah diselaraskan bagi meningkatkan pengendalian pemanduan yang disesuaikan dengan mod Sport. 

650S juga tampil dengan tempat duduk carbon racing yang ringan seperti mana yang digunakan bagi McLaren P1, stereng elektrik mudah laras, kamera undur dan kekemasan gentian karbon bagi ruangan kabinnya. McLaren 650C ini bakal mempunyai varian coupe dan spider yang bakal berada di pasaran pada musim bunga ini.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ


 

sumber : infokereta
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger