Intrado CUV Concept, Model Pertama Hyundai Sentuhan Peter Schreyer


Inilah Intrado CUV Concept, model pertama Hyundai yang mendapat sentuhan pereka tersohor, Peter Schreyer .  Model ini adalah evolusi daripada gaya rekaan Hyundai sebelum ini “fluidic sculpture” ke arah rekaan yang lebih aerodinamik dan bebas daripada elemen-elemen yang tidak diperlukan pada sebuah kereta.

Bakal membuat kemunculan sulung di Geneva Motor Show bulan hadapan, Intrado CUV Concept dijana oleh enjin masa hadapan yang menggunakan bahan api hidrogen dengan bateri Li-ion 36 kWh. Menurut Hyundai, bahan api Intrado boleh diisi semula hanya dalam beberapa minit dan ia boleh bergerak sejauh 600 km (373 batu).

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 

sumber funtasticko
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger