Honda City 2014 Kini Boleh Ditempah!


Honda Malaysia telah mengadakan pratonton model Honda City baru dalam perhimpunan bersama media semalam. Model yang akan dilancarkan secara rasmi sekitar pertengahan Mac depan, akan membuat kemunculan sulungnya dalam empat varian S, S +, E dan V. 

Semua varian tersebut akan mendapat enjin 1.5 liter i-VTEC, yang menawarkan 120 PS pada 6,600 rpm dan 145 Nm tork pada 4,600 rpm. Transmisi auto lima kelajuan di dalam model semasa digantikan dengan kotak gear CVT seperti di India dan Thai.

Honda City baru ini akan menampilkan mod Econ, push start button, cruise control, penghawa dingin belakang, jeriji depan platinum, dan enam beg udara (depan dua, sisi dan langsir sisi). Selain daripada itu, terdapat ISOFIX , kemasukan pintar, kawalan audio di stereng, dan sistem audio lapan pembesar suara.

Honda juga mengatakan bahawa terdapatnya Bantuan Kestabilan Kenderaan (Vehicle Strability Assist) dan dipasangkan rim aloi 16-inci. Apa yang kita tahu ialah VSA hanya akan dilengkapi dalam model gred E dan V, dan pakej penuh dengan enam beg udara dan rim aloi 16-inchi hanya akan didapati pada gred V (tiga yang lain hanya akan dipasangkan rim  aloi 15-inci ).

Harga tidak disebutkan semasa pratonton, tetapi kita mungkin bakal tahu dalam masa beberapa minggu lagi. Walau bagaimanapun, tempahan untuk kereta telah dibuka, dan boleh dibuat di semua Pusat Jualan Honda seluruh negara, Honda juga akan mengadakan pratonton di beberapa lokasi terpilih berhampiran anda.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ









sumber gambar : Paultan
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger