Hazumi Concept : Gambaran Pengganti Mazda 2


Lakaran penuh model konsep Mazda Hazumi akhirnya didedahkan. Ia bakal memberi gambaran model pengganti Mazda 2. Bakal muncul di Geneva Motor Show akan datang beserta dengan pengumuman enjin terbaru mereka, enjin diesel Skyactiv-D 1.5-liter.

Hazumi yang membawa maksud “loncatan” atau “kebangkitan” dalam bahasa Jepun, kelihatan amat sesuai dengan Mazda 2, yang merupakan kereta saiz kecil yang membuat kemunculan dengan penuh tenaga – dibina dengan mematuhi prinsip kejuruteraan Mazda. 

Berdasarkan kepada gambar teaser, kelihatan Mazda telah mengambil gaya garisan dari Mazda 3 dan Mazda 6, tetapi dalam skala yang lebih kecil untuk disesuaikan dengan dimensi kecil model konsep tersebut. Juga pernah dikhabarkan sebelum ini bahawa Mazda 2 akan menggunakan platform dari Mazda CX-5 yang dikecilkan.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger