Spyshots Proton Global Small Car (GSC @ P2-30A) berbungkus!


Menurut Funtasticko, spyshots Proton Global Small Car (GSC @ P2-30A) terbaru ini telah dikirim melalui email kigabex. Menurutnya, foto ini adalah print screen daripada sebuah video ringkas yang telah dimuatnaik di laman Instagram. Kali ini dah nampak rekaan rim yang kedua, setelah rim yang sebelumnya kita dapat lihat pada spyshots atas treler. Pada saya rim ini nampak lebih menarik dan sporty, ada kemungkinan rim ini akan membezakan varian 1.3 dan 1.6 NFE.

Melalui gambar kedua yang diperolehi melalui instagram naqyzulkifli, spyshot ini dapat kita lihat bahagian sisi hadapan yang agak jelas, kita dapat agak saiz lampu, cermin tepi side mirror. Rekaan hadapan P2-30a ini juga semakin jelas terutama bahagian grill atas yang mempunyai elemen Preve dikacuk dengan rekaan model konsep Lotus Ethos dan Proton Emas. Jika anda juga mempunyai gambar spyshot model terbaru Proton ini, kirimkan kepada saya :-)



Share this article :

+ comments + 3 comments

Tanpa Nama
8 Januari 2014 4:28 PTG

Spied – Proton P2-30A spotted in Belgium
http://indianautosblog.com/2014/01/proton-p2-30a-spied-in-belgium-111547

8 Januari 2014 4:59 PTG

Thanks!!! :-)

Tanpa Nama
13 Januari 2014 5:25 PTG

TAHNIAH PROTON NAMPAK MENGANCAM

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger