RON95 Harga Subsidi Akan Dihadkan Kepada Yang Layak Sahaja - Tengku Adnan


Dalam usaha untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan memastikan semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak sahaja, harga subsidi bagi bahan api RON 95 dijangka hanya disediakan untuk golongan tersebut.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membuat pendedahan ini pada Khamis sambil menambah dasar harga baru akan berkuatkuasa pada Mei atau Jun tahun ini.

"Kami mahu mengenakan kenaikan hanya kepada mereka yang mampu. Seseorang mungkin memandu (Toyota) Alphard ataupun Mercedes (Benz) tetapi mereka masih menggunakan petrol RON95."

Beliau berkata mungkin mereka yang tidak layak untuk membeli minyak RON95 pada harga subsidi, hanya layak untuk membeli petrol RON97.

Pada masa ini harga RON95 adalah RM2.10 seliter (63 sen subsidi) dan harga RON97 adalah RM2.80.

Harga runcit RON97 ditetapkan berdasarkan apungan terurus dengan harga bulanan ditentukan oleh kuasa pasaran.

"Malah negara-negara jiran dari Singapura dan Thailand dan juga warga asing yang tinggal dan bekerja di negara ini juga sedang menikmati kadar bahan api dengan harga subsidi," katanya.

Beliau berkata pendekatan baru itu masih dalam kajian oleh Datuk Seri Abdul Wahid Omar dari Jabatan Perdana Menteri.

"Walaupun perkara ini telah dicdangkan beberapa kali pada masa lalu tetapi kita akan melaksanakannya sekarang selepas kami mencari kaedah betul untuk menggunakannya," katanya selepas majlis penyerahan 100 surat tawaran kepada penduduk yang layak untuk menyewa di projek perumahan kos rendah di sini.

"Kami sedang melakukan ini untuk masa depan negara. Kita boleh menerima pakai pendekatan populis dan menyelesaikan masalah-masalah hari ini tetapi ia mungkin berakhir dengan membunuh masa depan kita sebagai sebuah negara," katanya.

diedit semula 24/1/2014 sumber MStar Online
Share this article :

+ comments + 2 comments

Tanpa Nama
24 Januari 2014 1:28 PTG

ada juga org kaya naik kancil..

Tanpa Nama
24 Januari 2014 2:46 PTG

perlu teliti perkara ni. org kaya yg byk ambik subsidi ni. saya pakai moto ja.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger