Proton Satria Neo Standard 4AT


Sempena Karnival Jualan Proton yang berlangsung di Auto City, Juru, Pulau Pinang ketika ini, Proton memperkenalkan varian baharu Satria Neo Standard 4AT. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dato’ Lukman Ibrahim telah menyempurnakan majlis pelancaran kedua-dua model tersebut pada hari pertama karnival. 

Satria Neo Standard 4AT ini dipadankan dengan kit badan penuh R3, rim aloi bersaiz 16 inci, R3 Wheel Arches, lampu kabus hadapan dan Sill Moulding. Neo ini masih mengekalkan enjin yang sama 1.6 Campro CPS dengan kotak gear 4-kelajuan automatik. Harga yang ditawarkan adalah RM54,513.50 (solid) dan RM54,963.50 (metalik). 

Didatangkan dengan pilihan warna GTi Silver, Tranquility Black, Solid White dan Fire Red, pembelian Satria Neo Standard 4AT turut menerima jaminan selama dua tahun atau 50,000km (yang mana terlebih dahulu).


Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger