Proton Perdana Baru Di SKVE


Beberapa hari lepas Proton Perdana baru dilihat di atas treler di lebuh raya SKVE, berhampiran Hospital Serdang. Daripada perbezaan rim antara Perdana di hadapan dan Perdana di belakang jelas menunjukkan Proton telah mengeluarkan 2 varian, iaitu 2.0L dan 2.4L. 

Perdana di hadapan itu ialah varian 2.4L manakala dibelakang varian 2.0L. Varian 2.4L rimnya lebih menarik. Fasa pertama projek “Perdana Replacement Model” bertujuan menghasilkan 3,000 unit untuk kegunaan pihak kerajaan, dan di fasa kedua pula, Proton Perdana yang anda lihat sekarang bakal ditukar sepenuhnya luar dan dalam, untuk pasaran orang awam dalam masa dua tahun lagi. 

Berkemungkinan besar Proton akan menggunakan enjin Honda yang sama kerana ketiadaan enjin sebesar 2.0L dan 2.4L. Semoga Proton Perdana yang bakal direka untuk orang awam nanti kelihatan lebih menarik daripada apa yang kita lihat sekarang.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ




sumber : ArenaKereta
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger