Proton Global Small Car (GSC) P2-30A Di Belgium!!!


Proton P2-30A ditemui lagi! Kali ini ia ditemui di lebuh raya Belgium oleh pembaca Autoplus Safouan. Sebelum ini kita telah melihat beberapa spyshots P2- 30A dari Genting, dan sekitar lebuh raya di Malaysia. 
Proton P2 -30A adalah hatchback lima pintu dan dijangka akan dilancarkan pada separuh pertama 2014 di pasaran Malaysia. 

Proton P2 -30A , akan mendapat nama rasmi melalui pertandingan yang telah dilakukan tahun lepas dan nama tersebut akan juga digunakan di pasaran antarabangsa . Kereta kecil global ini akan mendapat pilihan transmisi manual dan automatik yang akan menggunakan enjin generasi baru NFE. 

Menurut laman itu lagi, P2-30A akan muncul di pasaran Eropah tahun depan , di mana ia akan bersaing dengan Honda Brio, VW Up! , Citroen C1 dan Hyundai i10 dalam segmen kereta peringkat bandar. Kali ini kita dapat lihat rekaan lampu belakang dengan jelas. Apa pendapat anda?

*terima kasih kepada yang memberi maklumat ini di ruangan komen
Share this article :

+ comments + 5 comments

Tanpa Nama
8 Januari 2014 5:05 PTG

memang cantik kereta ni. x mcm savvy dulu.. x sabar pulak rasanya nak tgk.

Tanpa Nama
8 Januari 2014 5:30 PTG

TAHNIAH PROTON DAN MEMBAWA IMEJ MALAYSIA DIMATA DUNIA

Tanpa Nama
9 Januari 2014 5:07 PTG

lampu ala ala kereta europe.

Tanpa Nama
20 Januari 2014 12:35 PG

Ni mnunjukan tahap proton smakin bagus...juka di lihat proton mungkin mnjadi hab ke landasan baru di mana mungkin akan mngikut jejak langkah kia or hyundai yg akan di banggakan oleh org luar brbnding rkyat malaysia sndiri.teknologi yg d tawarkan amat bagus dan mngutamakan keselamatan.tetapi dari segi rekabentuk,mngkin susah untuk di trjmahkan mngikut individu masing-2.Sebenarnua design proton mungkin tahap ala-2 baru nk blajar tertapi tegap.di harapkan produk ini mnjadi titik prmulaan bagi rkyat malaysia menilai produk kompak yg terbaik brbanding p2 seperti myvi.mungkin disebabkan kualiti proton jatuh tetapi kini teknologi yg mlawan kualiti.proton boleh tanpa kerajaan kerana DRB yg akn mmbantu jika mngikut jln yg btul.

Tanpa Nama
20 Januari 2014 11:22 PG

proton terbaik!

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger