Perodua Lancar Model Baharu Tahun Ini


Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua), akan melancarkan model terbaharunya pada separuh kedua tahun ini. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, Perodua kini memberi lebih tumpuan kepada model kompak baharu yang akan dikeluarkan di kilang baharu syarikat berkenaan di Rawang, Selangor manakala bagi transmisi automatik dihasilkan di Sendayan, Negeri Sembilan. Aminar berkata, proses pembinaan kilang di Rawang kini 90 peratus siap dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada pertengahan tahun ini, manakala kilang di Sendayan dijangka siap pada Mac. 

Beliau berkata, Perodua juga memperuntukkan sebanyak RM65 juta bagi menyediakan litar ujian baharu yang akan digunakan untuk menguji model keluaran Perodua pada masa akan datang. "Setiap keluaran baharu model Perodua pada masa akan datang akan diuji di dalam pelbagai jenis keadaan,"katanya kepada pemberita pada majlis makan tengah hari bersama media sempena Tahun Baharu Cina di sini hari ini. Yang turut hadir Presiden Perodua Auto Corporation, Yasumitsu Morita, dan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad. 

Sementara itu, ketika ditanya mengenai Perodua sedan, Aminar berkata, model tersebut tidak akan dilancarkan pada tahun ini. Pada 2013, Perodua berjaya menjual 196,100 buah kenderaan dan menguasai 30 peratus penguasaan pasaran bagi segmen kereta penumpang nasional. Model-model Perodua yang berada dalam pasaran ketika ini ialah Perodua Myvi, Viva dan Alza.

sumber Utusan
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger