PERODUA ALZA 2014 LEBIH NILAI, LEBIH MURAH!


Arena automotif tempatan 2014 dimulakan dengan Perodua melancarkan Alza wajah baharu. Kelengkapan dan penampilan model MPV kecil popular itu telah disemak semula dan menariknya dijual pada harga yang lebih murah. Di antara penambah baikan yang telah dibuat ialah poin ISOFIX pada kerusi kedua, kerusi barisan ketiga yang boleh dilipat secara berasingan dan perehat lengan untuk varian automatik.

Terdapat tiga varian Alza baharu iaitu Standard, Special Edition (SE) dan Advanced Version. Varian Standard hanya mempunyai kelengkapan asas manakala varian SE dan Advanced Version dilengkapi dengan pelbagai aksesori. Untuk varian Advanced Version, pakejnya terdiri daripada sistem multimedia baharu dengan kamera undur, sistem navigasi dan monitor bumbung. 

Turut dipasangkan ialah kit badan dan kerusi kulit. Varian SE pula sama sahaja seperti Advanced Version kecuali kerusi kulit dan sistem multimedia. Dari segi keselamatan, kesemua varian Perodua Alza wajah baharu dilengkapi dua beg udara, ABD dengan EBD dan Brake Assist. Harus tahu, Perodua Alza baharu mencatat skor 4 bintang di dalam ASEAN NCAP.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 
 
 
 




sumber dipetik dari GearTinggi

Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger