NAP 2014 : Penganalisis Berpandangan Neutral Terhadap Sektor Automotif


Kenanga Research dan RHB Research berpandangan neutral bagi industri automotif kerana mereka percaya inisiatif Dasar Automotif Nasional (NAP) yang baru diumumkan akan mengambil masa beberapa tahun untuk membuahkan hasil. 

Kenangan Research dalam nota penyelidikan berkata, dasar yang dikaji semula itu akan memberi kesan sederhana ke atas pengeluar kereta bukan nasional memandangkan pengetahuan Kenderaan Cekap Tenaga yang membolehkan mereka menikmati insentif bagi pengeluaran kereta unit terurai untuk dipasang (CKD) di Malaysia. 

Ia juga menjangkakan landskap operasi mencabar memandangkan kadar penembusan tinggi dan kematangan pasaran. Firma penyelidikan itu berkata, Tan Chong Holdings Bhd. merupakan satu-satunya saham yang disaran "beli" berikutan antara lainnya pengembangan kukuh francais Nissan dan pertumbuhan serantau jangka panjang. 

Sementara itu, RHB Research berkata, kejayaan dasar itu akan bergantung kepada sama ada pengeluar kelengkapan asli cukup yakin untuk mula membuat lebih banyak pelaburan di Malaysia. "Impak perlahan-lahan kepada industri bahagian-bahagian auto akan mengambil masa untuk menjadi kenyataan," kata RHB Research. 

Meskipun permintaan domestik dijangka kekal kukuh, ia berkata, persaingan sengit pasaran dan pengguna yang semakin sensitif kepada harga boleh memberi kesan kepada margin. RHB Research mengekalkan saranan 'beli' bagi DRB-Hicom Bhd., Berjaya Auto Bhd. dan Tan Chong. Pada 10.45 pagi, DRB-Hicom naik dua sen kepada RM2.79, Berjaya Auto susut tiga sen kepada RM1.82 dan Tan Chong tidak berubah pada RM5.60. - BERNAMA
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger