NAP 2014 Mampu Tarik Banyak Pelaburan Baharu


Dasar Automotif Negara (DAN) 2014 yang diumumkan semalam, dijangka mampu menarik lebih banyak pelaburan baharu dalam industri automotif. Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan RAM Holdings Bhd., Dr. Yeah Kim Leng berkata, sekali gus keadaan itu akan mewujudkan peluang pekerjaan dalam kalangan rakyat negara ini yang tentunya membantu meningkat ekonomi negara dalam usaha untuk mencapai negara berpendapatan tinggi. 

Katanya, kedatangan pelabur-pelabur akan merancakkan lagi ekonomi negara ini dengan membuka peluang lain seperti menambah peluang pekerjaan. ''Di samping itu, pembekal-pembekal alat ganti tempatan juga akan mendapat manfaat ini apabila berpeluang membekalkan alat ganti kepada pemain industri global yang bertapak di negara," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Semalam, kerajaan mengumumkan DAN 2014 yang menyasarkan industri automotif Malaysia ke arah hab EEV serantau. Bagi menjadikannya realiti, kerajaan di dalam dasar itu turut memperuntukkan sebanyak RM2 bilion sebagai pinjaman mudah untuk peserta industri mewujudkan hab EEV di Malaysia. Kerajaan juga telah membangunkan rangka kerja pengurangan harga bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 dan 30 peratus sehingga tahun 2017. 

Sementara itu, Pensyarah Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Amir Baharuddin berkata, beliau berharap penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang automotif negara dapat dipertingkatkan. "Dasar yang diperkenalkan kerajaan adalah bagus tapi dari segi produk iaitu reka bentuk dan harga masih perlu diperbaiki," ujarnya.

sumber Utusan
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger