MOSTI Perkenal Nombor Plat 1MYC Dilengkapi GPS


Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan mengeluarkan nombor pendaftaran khas untuk kenderaan, yang dilengkapi teknologi sistem pengesanan lokasi (GPS). Menterinya, Datuk Dr Ewon Ebin, berkata nombor pendaftaran itu dijangka dikeluarkan dalam tempoh sebulan lagi, sekali gus meningkatkan aspek keselamatan kenderaan yang dipasang teknologi itu. 

“Sistem nombor pendaftaran dengan GPS ini adalah satu daripada sembilan inisiatif yang dirangka dalam Tahun Pengkomersialan MOSTI (MYC 2014), di bawah pelan tindakan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi. Pelaksanaan nombor pendaftaran ini sudah dirancang sejak September tahun lalu dan kini MOSTI hanya menunggu kelulusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

“Nombor ini akan ditulis 1MYC, diikuti nombor siri pendaftaran kenderaan yang menggunakannya kepada 370 pemilik saja,” katanya selepas melancarkan MYC 2014 di Bangunan SIRIM, di sini semalam. Hadir sama, Timbalan MOSTI, Datuk Abu Bakar Mohamad Diah; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Datuk Dr Mohd Azhar Yahaya dan Pengerusi SIRIM Berhad, Datuk Jamaliah Kamis.

sumber : Berita Harian
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger