Perodua Alza Facelift 2014 Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi?!!


Menurut permotoran.com Perodua Alza versi peningkatan (facelift) terbaharu bagi tahun 2014 telah pun disahkan bakal dilancarkan tidak lama lagi. Setakat ini pihak Perodua sendiri telah mengeluarkan ‘teaser’ model MPV berkenaan yang kini boleh dilihat di laman sesawang rasmi syarikat tersebut.

Menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai, tarikh pelancaran Perodua Alza ‘facelift’ 2014 terbaharu telah ditetapkan pada 10 Januari 2014, dan jangkaan tersebut diperkuatkan lagi melalui penemuan unit-unit model berkenaan yang sedang berada di atas trailer baru-baru ini. Lebih menarik, beberapa lokasi tempat penyimpanan kenderaan baharu Perodua kini juga sudah terdapat beberapa unit model Alza ‘facelift’ 2014 terbaharu.

Rekaan bahagian fog lamp diberi sentuhan baru serta bahagian belakang turut mengalami perubahan dengan lampu belakang dan reflektor yang baru. Rekaan gril hadapan yang baru kini dapat dilihat dengan lebih jelas. Turut serta terdapat perubahan adalah pada bahagian logo belakang. Dengan pendedahan sekeping kertas yang saya perolehi, Alza facelift 2014 mungkin mempunyai beberapa varian dengan tawaran harga bagi model Standard (RM53+++ manual, RM56+++ auto), Special Edition(RM64+++) & Advance Version (RM70+++).

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ












Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger