Lotus Elise S Cup R Didedahkan


Ini adalah Lotus Elise S Cup R. Ia satu versi Lotus Elise S bersupercharger versi trek yang diperkuatkan, diringankan, yang telah ditala oleh Lotus Motorsports. Kereta ini bakal didedahkan pada Autosport International Show lewat bulan ini bersama Lotus Exige Cup R dan Lotus Evora GT4 . 

Ia menggunakan enjin Toyota 217bhp 1.8 liter yang sama seperti Elise S standard tetapi terdapatnya tambahan modul kawalan enjin khusus untuk motorsport(Engine Control Module ) dan pek aero yang diuji dengan CFD (Computational Fluid Dynamics) untuk peningkatan prestasi . 

Antara ciri yang menarik dalam Elise S Cup R ini, ialah rollcage yang memenuhi piawaian FIA (Futures Industry Association), alat pemadam api , enam point abah-abah perlumbaan (six-point race harness), brek yang dinaik taraf, damper boleh laras , roda aloi, diffuser belakang dan radiator berspesifikasi motorsport. Pengguna trek tegar juga boleh menempah versi yang mempunyai sel bahan api FIA, tempat duduk penumpang racing dan roda motorsport ultra- ringan. 

Walaupun dengan segala penambahan yang disebutkan di atas, Lotus telah berjaya mengekalkan beratnya pada 924kg, seperti Lotus Elise standard di atas jalan. Namun, pengubahsuaian aero yang dioptimumkan ini menjadikan Elise S Cup R adalah empat saat lebih pantas berbanding Lotus Elise S dalam satu pusingan trek sejauh lima kilometer. Jualan telah pun bermula di United Kingdom, di mana Lotus Elise S Cup R dijual pada harga bermula dari £ 39,125 + Cukai ( £ 46,950).

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ




sumber : ArenaKereta
Share this article :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
6 Januari 2014 5:20 PTG

TAHNIAH LOTUS MAJU LOTUS MAJULAH PROTON

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger