Lagi Spyshot Proton Global Small Car (GSC) P2-30A Yang Lebih Jelas!!!



Menurut Funtasticko, Proton Global Small Car (GSC) P2-30A ini telah berjaya dirakam oleh Darmizi. Proton Global Small Car (GSC) P2-30A di atas treler ini ditemui sekitar Bukit Tagar. Berkemungkinan treler yang membawa beberapa unit Proton Global Small Car (GSC) P2-30A yang berbungkus ini sedang menghala ke Shah Alam dari Tanjung Malim. Treler ini pula diiringi oleh sebuah kereta polis bantuan DRB Hicom di belakangnya. Jika lihat secara dekat, P2-30A yang di atas treler ini, kemungkinan bahagian no plat kenderaan terletak di bonet belakang.

Menurut Paultan.org, spyshots Proton Global Small Car (GSC) P2-30A yang berikutnya telah di temui oleh Ahmad Tarmizi semasa menaiki Genting. Dua buah unit ujian Proton Global Small Car (GSC) P2-30A pula diiringi oleh sebuah Proton Inspira. Kali ini nampak bayangan rekaan hadapannya yang masih mengekalkan single graphic face dan bumper yang seakan-akan rekaan Ford Fiesta. Kita dapat lihat pada bumper hadapan terdapat lampu DRL. Jika dibandingkan dengan Toyota Vios di sebelahnya, lebarnya juga hampir sama kerana kedua-duanya dalam segmen yang sama (Segmen B).

Melalui gambar terakhir, ia diperolehi melalui instagram. Menurut Buttercity, beliau berjaya menangkap gambar Proton Global Small Car (GSC) P2-30A ini di Saujana Putra. Kelihatan saiz dalaman Proton terbaru ini mungkin seluas Saga. Proton Global Small Car (GSC) P2-30A dibangunkan dengan platform serba baru yang bakal dikongsi dengan model gantian Saga dan MPV B segmen, model ini akan dilancarkan pada suku pertama 2014, dijangkakan sekitar April. Jika anda mempunyai gambar-gambar spyshot Proton P2-30a ini, jom kongsikan di sini :-)


KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ







Share this article :

+ comments + 3 comments

ProtonGSC
3 Januari 2014 11:51 PG

April dah bukan suku pertama 2014 dah bro.

Tanpa Nama
3 Januari 2014 11:55 PG

TAHNIAH PROTON ,DIJANGKA APRIL DAN MUNGKIN SEBELUM RAYA CINA

Tanpa Nama
3 Januari 2014 12:48 PTG

dah boleh render dah tu..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger