KIA Optima Facelift


Naza Kia Malaysia baru-baru ini melancarkan model pertamanya untuk tahun 2014 dengan pengenalan Kia Optima K5 facelift dan serentak dengan itu juga merasmikan kempen World Cup Rocks with Kia. Dikatakan bakal mengubah rentak saingan dalam pasaran segmen D, Kia Optima K5 telah disasarkan untuk memikat hati pembeli berusia di bawah 40 yang mementingkan keselesaan keluarga dan rekabentuk sebagai ekspresi diri untuk kenderaan mampu milik. 

“ Kia Optima K5 baharu merupakan salah sebuah model yang sangat dinantikan pelancarannnya di Malaysia dan bakal memainkan peranan penting dalam perkembangan jumlah jualan Naza Kia Malaysia untuk tahun ini,” ujar Encik Roshdy Hassan, Pengurus Besar Operasi Naza Kia Malaysia. Pertama kali diperkenalkan di New York International Auto Show 2013, Kia Optima K5 menaik taraf reka bentuk nya yang sudah ikonik dengan lebih penghalusan dan penampilan yang lebih mewah. 

Bahagian depan dan belakang mempunyai bumper bersama lampu reka bentuk baru diimbangi oleh jeriji Kia yang dihiasi dengan kemasan hitam berkilat. Reka bentuk inspirasi Eropah yang menarik dengan lampu posisi depan dan lampu kabus LED, bersama-sama kombinasi lampu belakang LED dengan rekaan baru menyerlahkan lagi penampilan model ini . 

Bahagian dalamannya turut mendapat sentuhan tambahan dengan rekaan tempat duduk kemasan kulit sepenuhnya. Butang penghidup enjin Optima turut mengaktifkan skrin 4.3-inci TFT LCD yang turut berfungsi sebagai kamera undur bersama sistem 8-pembesar suara Infinity serta sambungan bebas tangan Bluetooth, pemain CD, AUX, USB dan sambungan iPod. Kia Optima K5 dijana oleh enjin Kia’s 2.0 CVVL NU yang mampu menghasilkan 165 PS dan 20 kg/m kilasan dipadankan bersama transmisi enam kelajuan automatik. 

Sistem gantungan hadapannya dilengkapi dengan topang Macpherson dengan gegelung spring untuk meningkatkan kualiti pemanduan manakala gantungan belakang dilengkapi dengan Multi-Link bersama penyerap hentak Gas Shock yang menggabungkan pemanduan dan pengendalian yang lebih cemerlang. Untuk memastikan Kia Optima K5 ini lebih senyap, bunyi bising ketika memandu dikurangkan sehingga ke 3.3dB hasil daripada struktur tayar bersaiz 18 inci yang dipertingkatkan. 

Kia Optima K5 turut menitik beratkan soal keselamatan dengan enam beg udara, Electronic Stability Control (ESC), Electronic Brake-Force System (EBD), Anti-Lock Braking System (ABS), Traction Control System (TCS), Brake Assist System (BAS), Vehicle Stability Management (VSM) dan ISOFIX. Model ini turut menerima pengiktirafan lima bintang ujian keselamatan NHTSA di Amerika Syarikat. 

Optima didatangkan dengan empat warna baharu yang menarik iaitu Snow White Pearl, Satin Metal,Aurora Black dan Smokey Blue. Harga atas jalan adalah RM149,888 dan turut disertakan jaminan lima tahun dengan perbatuan tanpa had. Kia Motors juga merupakan rakan rasmi Piala Dunia FIFA Brazil 2014. Sempena dengan perkongsian tersebut, Naza Kia Malaysia bakal mengadakan pelbagai aktiviti untuk penyertaan umum seperti Fuleco Friend Search, Champ to Rio Futsal Tournament, 2014 World Cup Road Show dan Cheer with Kia . 

Bakal bermula pada Februari sehingga Jun, sepuluh pemenang bertuah yang menyertai aktiviti World Cup Rocks with Kia bakal menerima hadiah tiket untuk menyaksikan Piala Dunia FIFA secara langsung di Brazil. Pemenang akan menerima pakej termasuk tiket penerbangan, penginapan, menonton perlawanan Piala Dunia dan melancong di bandar terkemuka di Brazil. Juara Rio Futsal Tournament pula bakal mewakili Malaysia ke pusingan akhir World Futsal di Brazil.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 
 




Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger